Tuesday, April 10, 2007

In the Dewan Rakyat

Some very interesting things discussed in the Dewan Rakyat lately.

Pisahkan lelaki-wanita dalam LRT, elak gesel-menggesel

KUALA LUMPUR: Seorang anggota Parlimen hari ini mencadangkan supaya penumpang lelaki dan wanita yang menggunakan sistem Transit Aliran Ringan (LRT) diasingkan di dalam gerabak tren berbeza bagi mengelakkan masalah yang boleh menyebabkan ketidakselesaan penumpang.

Cadangan itu yang dibuat Datuk Mohamad Aziz (BN-Sri Gading) dan disokong penuh Chong Eng (DAP-Bukit Mertajam) dikemukakan semasa Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Douglas Uggah Embas menggulung perbahasan usul menjunjung kasih Titah Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin sempena perasmian sidang Parlimen, bagi kementeriannya di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Mohamad berkata masalah gesel-menggesel antara lelaki dan perempuan sering kali berlaku khususnya pada waktu puncak, apabila penumpang bersesak-sesak di dalam gerabak, menimbulkan rasa tidak selesa di kalangan penumpang itu sendiri.

"Yang bergesel-gesel tu suami orang, isteri orang, jadi mereka minta saya sampaikan pada Yang Berhormat," katanya.

Read more



LRT tiada hasrat pisahkan penumpang lelaki-wanita

KUALA LUMPUR: Syarikat pengendali sistem Transit Aliran Ringan (LRT), Rapid KL Sdn Bhd belum bercadang mengadakan tempat duduk berasingan bagi penumpang lelaki dan wanita seperti disarankan di Dewan Rakyat semalam.

Pengurus Besar Bahagian Komunikasi Korporat Rapid KL Sdn Bhd Katherine Chew berkata kebanyakan penumpang memilih LRT sedar bahawa mereka perlu bersesak khususnya pada waktu puncak.

"Ada juga pengguna yang datang secara berpasangan, jadi mustahil mereka duduk berasingan. Dan sehingga kini kami tidak pernah menerima sebarang aduan berkenaan ketidakselesaan," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Read more.


How more silly can they be?

1 Comments:

At 11:38 pm, Blogger speed_tck said...

haha din expect a BN fella to propose this.. i tot oni PAS ppl so ulu... which reminds me.. sze yin say her hometown cinema all dun switch off lights wan...

haha if wan implement this.. then why not stop gcs tgv all from switching off their ligths during their show, while they're at it.. separate males and females and make them line up in different counters la when pay in supermarket.. and no more swimming trunks and suits in public pools... tunjuk aurat... make then wear t-shirst and shorts which cover up to their knees....haf double decker buses... 1 for male another for female..

bodoh

 

Post a Comment

<< Home